Seringkali kautanya padaku soalan ini
"Sayang saya tak?"
Dan seringkali jawapan kuberi sama,
"Tak nak jawab"
Mesti kauhairan
Sayang atau tidak
Aku turut hairan
Tak bosankah kau
Aku jarang sekali mengungkap kata sayang
Belaian manja susah kali kaurasa
Apa yang aku rasa?
Perasaan itu berbeza di lain-lain waktu
Ada ketika aku rasa diriku disayangi
Ada juga orang yang ambil berat dan sabar denganku
Ketika itu bukanlah selepas menerima ayat puitismu
Ada ketika aku rasa diriku tidak layak
Layakkah seorang yang tidak berperasaan seperti aku untuk menyayangi seseorang?
Ketika itu bukanlah semasa kita berselisihan faham
Ada ketika aku rasa aku sayang sangat dekat kau
Alangkah indah kalau dapat hidup bersama kau seperti pasangan normal yang lain
Ketika itu bukanlah sebelum kita berjumpa selepas sekian lama terpisah
Ada ketika aku rasa tiada harapan
Banyak aku berharap tapi keadaan tidak mengizinkan
Ketika itu bukanlah semasa kau tidak melayanku
Perasaan itu berubah bila-bila ia mahu
Tapi ada satu perasaan yang kekal sama
Sayang
Aku mengaku aku sayang kau
Dan tiada apa yang dapat aku tunjukkan
Tiada apa yang dapat aku buktikan
Hati aku sering bertindak lebih daripada perbuatan aku
Hati aku tiada batasnya tapi perbuatanku ada hadnya
Kadangkala aku bertindak melulu
Seolah-olah aku tidak menyayagi kau
Seolah-olah kau bersalah
Tapi kau tetap tak jemu
Atur dan sabar dengan perangaiku
Perangai aku yang aku sendiri tak tahan
Kau seorang saja yang dapat lihat sisi aku
Yang mana yang lain hanya lihat kesempurnaan
Sehingga tahap ini
Aku masih sayang kau
Ramai kata aku bodoh
Ya, semua orang ada bodohnya
Dan ini pilihan aku
Pilihan kita
Pilihan untuk kekal atau pisah
Pilihan mana-mana pun tak ada yang betul mahupun salah
Pilihan mana-mana pun ada baik dan buruknya
Hati aku memilih untuk teruskan
Kerosakan yang dulu aku tak pandai untuk baiki
Yang aku mampu buat ialah mencipta suatu yang baru
Mengapa pasu kaca jernih yang jatuh berkecai kita cantum dan gam semula
Sedangkan pasu kaca yang baru boleh kita beli atau buat
Pasu kaca yang lebih tahan dan lebih cantik
Begitu juga dengan hubungan ini
Mustahil untuk jadi seperti dahulu
Tetapi kita boleh jadi yang lain
Yang lebih 'betul'
Biarpun diuji
Biarpun sakit
Asalkan aku ada kau
Aku tetap rasa bahagia dalam keperitan
Walaupun begitu, aku redha
Andai kata ini takdir kita
Aku terima
Walaupun takdir itu bukan apa yang aku harapkan
Aku yakin perancanganNya lebih indah
Empat bulan itu singkat sayang
Walaupun macam-macam yang berlaku dalam tempoh itu
Yang baik mahupun sebaliknya
Masih jauh lagi perjalanan
Sekarang kita baru melepasi liku pertama
Liku seterusnya tidak dapat kita duga
Terima kasih sebab ada dengan aku
Terima kasih sebab terima aku seadanya
Terima kasih sayang untuk pengalaman ini
Saya tetap sayang awak
Tuesday, February 20, 2018
Sayang tak diungkap
Subscribe to:
Posts (Atom)