Pages

Thursday, April 12, 2012

Keropok kangkang

Biasanya orang dengar nasi kangkang kan ... Hari ni kauorang dengar keropok kangkang pulak . Pelik ? Hah ! Nak tahu lebih lanjut , bacalah post aku yang tak seberapa ni .

Tadi lepas habis waktu sekolah , me , Fatin , Wani , Aiman , Haris , Afiq & Zarif pergi 7-Eleven , Zarif belanja taw !

Sepanjang journey kitaorang memekak .. xD , that's what we really are .

Mula-mula , aku teragak sangat nak makan coklat , maklumlah aku ni kan tak tahan kalau dah nampak coklat , mesti nak makan so aku beli coklat .. Disebabkan harga coklat tu mahal (kot) & duit yang aku bawak cukup-cukup makan je , aku beli satu je coklat tu dengan duit aku (tak nak lah aku suruh Zarif bayarkan , dah lah dia nak menampung 4 orang lagi (Wani beli dengan duit dia sendiri)

Tapi kan , takkan lunch aku coklat je ? So aku amik roti coklat (can't remember the brand) and Zarif paid for it .

Dah settle habiskan duit Zarif , kitaorang pergi berkelah kat luar library sekolah .

Time tengah sedap-sedap kitaorang makan , Zarif kepitkan Mister Potato (macam Pringles) kat ________ dia . Kitaorang pun bising "Oi , yang kau pergi kepit keropok tu buat apa ? Kitaorang pun nak makan jugak".

Dah tu , kitaorang makan keropok tu . Masing-masing tak nak pegang bahagian bawah bekas keropok tu . Memang kitaorang berdekak habis-habisan .

Dah lama sikit lepas tu , aku makan keropok tu . Afiq kacau aku "Sedap kan keropok kangkang ni ?" That's make me rasa nak termuntah . Aku cakap dengan dia takpayah nak dengki aku tengah makan , dia tetap kacau aku jugak so aku terus kejar dia sampai kat hujung blok sebelah library tu . Dia masuk dalam area yang ada grill yang tak berkunci . Aku geram then aku terus hentak grill tu kiat-kuat sampai grill tu tak boleh nak bukak , terkunci tanpa ada kunci (grill tu boleh melekay pulak tak boleh bukak) . Aku dah penat jerit-jerit . Aku cakap "Tulah , ni sumpahan daripada aku untuk kau !" .

Nasib baik lah si Afiq tu kurus , dia panjat grill tu pastu menyelit keluar . Serve that right !! Kacau lah aku lagi bila aku makan !

Dah lepas habis lunch bersama , aku terpaksa berpisah dengan diaorang , aku kena pergi dewan , latihan teater .

Tahu tak ? Tekak aku sakit gila . Nak speak pun tak boleh dah . Cakap je sakit , cakap je sakit so suara aku tak kuat macam biasa tadi .

'Keropok Kangkang' tu asalnya daripada kejadian tadi . Yang Zarif pergi kepitkan Mister Potato tu kat ____ dia .

______ tu apa ? Tanya aku directlah . Tak reti aku nak bagitahu kat blog ni .

Sekian sahaja daripada aku .
Terima kasih kerana sudi membaca ruangan ini .

Harap maaf di atas semua kesalahan aku di dalam ruangan ini . :) . Aku bukan robot tak pernah cuai dalam menaip .

Assalamualaikum . Aku ada sediakan gambar hiasan bagi sesiapa yang tak kenal grill and mister potato yang macam pringles tu .

No comments:

Post a Comment