Pages

Tuesday, February 20, 2018

Hati yang membeku

Assalamualaikum kepada semua pembaca setiaku

Kudrat aku menulis di sini hari ini adalah kerana kiriman maklum balas tentang hasil tulisan aku yang aku sengaja paparkan di blog yang jarang-jarang kusentuh ini.

Apa tujuan aku kali ini?

Idea itu banyak, tapi kejahilan aku dalam menulis dan kesampaian isi kepada pembaca tu kurang, mungkinkah aku perlu upah penulis hantu? Hmm

Terima dan hadamlah puisi ringkas aku malam ini









Aku tidak pandai berpuitis
Aku tidak pandai berkata-kata
Inikan pula menjaga hati
Bukan hati kekasih atau teman
Hati empunya badan pun tidak terjaga

Adakah aku tidak punya hati?
Telahpun aku lakar 'heartless' dalam mindaku
Hati pula aku beku
Aku sebenarnya punya hati dan perasaan

Kenapa?
Aku tidak menyalahkan siapa-siapa
Malah di luar sana ramai yang kisah
Banyak tangan yang menghulur untuk memimpin

Namun, aku banyak menolak
Hampir kesemuanya
Bukan kerana aku tak mahu
Tapi kerana aku tidak layak

Hati yang kononnya tiada perasaan ini
Biarlah ia saja yang merasa
Rasa keras membeku
Rasa sejuk menusuk

Ya, aku punya perasaan
Acapkali aku terfikir untuk melepaskannya
Biarkan hati itu lakukan apa yang ia rasa
Tapi..

Hati itu terlalu memikirkan hati lain
Bukan satu, dua
Dan setiap hati itu lain mintanya
Sehingga hatiku buntu



 

No comments:

Post a Comment