Sejak dua ke tiga hari ini, aura disekelilingku menjadi hambar, tidak ceria, senyap.
Ada beberapa peristiwa yang berlaku pada tempoh itu,
- Kematian seorang rakan sekelas yang juga rakan assignment, rakan lepak sefakulti. Arwah pergi pada 12 September 2015, lebih kurang jam 2.40 pagi. Dikhabarkan arwah meninggal punca pendarahan otak dan tiba-tiba jatuh semasa dalam perjalanan pulang ke hostel daripada bermain futsal.
- Kemudian, pemergian saudara ex-classmate semasa tingkatan 5. Juga pada tarikh yang sama kalau tak silap.
- Kemudian, dihebahkan juga kawan satu batch sekolah menengah dulu yang kehilngan ayahnya juga pada tarikh yang sama, 3.55 pagi.
- Tidak juga lupa kejadian keruntuhan crane di Masjidil Haram yang menyebabkan setidak-tidaknya 65 jemaah haji terkorban pada hari jumaat lalu.
Merujuk peristiwa-peristiwa diatas, saya dengan hati sayu mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga jenazah. Tadah tanganku sedekahkan al-fatihah, sesungguhnya ini sahaja yang mampu aku lakukan.
Berikutan dengan kejadian yang menyedihkan ini, tatkala membuatkan diriku berfikir.
Kenapa?
Mengapa?
Adakah aku sahaja yang merasakannya?
Sesungguhnya persoalan-persoalanku hanya Allah S.W.T yang tahu jawapannya.
Ini mungkin merupakan petunjuk yang aku sendiri tidak sedar.
Ya Allah, apa jua yang berlaku dan akan berlaku. Kaupermudahkanlah urusan kami sebagai khalifah di muka bumi ini.
No comments:
Post a Comment